Kerjaya kelab Divock_Origi

Kerjaya awal

Origi memulakan kariernya bermain bola sepak di kelab akademi Genk, di mana beliau menghabiskan tempoh sembilan tahun sebelum menyertai kelab Lille, Perancis pada Mei 2010. Pada waktu itu, beliau telah menolak pendekatan ke kelab Manchester United ketika berusia 15 tahun.[8]

Lille

Origi bersama Lille pada tahun 2014.

Pada 24 Januari 2013, Origi adalah pemain gantian yang tidak digunakan dalam kemenangan 3-1 Lille ke atas Plabennec dalam kejohanan Piala Perancis musim 2012–13. Sembilan hari kemudian, beliau menjaringkan gol dalam penampilan pertama kompetitifnya untuk pasukan utama Lille, dengan masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-69 menggantikan Ronny Rodelin, serta menjaringkan gol untuk membawa pasukannya menang 1-0 menentang Troyes.

Liverpool

Pada 29 Julai 2014, kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool mengumumkan bahawa telah menyelesaikan pemindahan sebanyak £10 juta untuk Origi, yang menandatangani kontrak lima tahun tetapi segera dipinjamkan kembali ke Lille untuk musim 2014-15.

Pinjaman kepada Lille

Pada perlawanan pertamanya di Lille, Origi menjaringkan gol pertamanya pada kempen baru Ligue 1 melalui sepakan penalti ketika menang 1-0 ke atas Caen. Pada 11 Disember 2014, beliau bermain untuk Lille ketika tewas 0-3 ke atas VfL Wolfsburg dan tersingkir dari peringkat kumpulan Liga Europa UEFA. Pada 15 Mac 2015, Origi menjaringkan hatrik untuk Lille dalam kemenangan 3-0 menentang Rennes.

Kembali ke Liverpool

Origi beraksi menentang Thai All-Star team pada tahun 2015.

Pada 11 Julai 2015, Origi disenaraikan dalam skuad 30 pemain Liverpool untuk mengikuti lawatan pra-musim bola sepak ke Thailand, Australia, dan Malaysia. Dalam penampilan pertamanya yang tidak kompetitif untuk Liverpool, Origi menjaringkan gol pertamanya untuk kelab tersebut dengan kemenangan 4-0 ketika menentang Thai All-Stars dalam perlawanan persahabatan pra-musim.

Pada 12 September, Origi membuat penampilan kompetitif pertamanya dengan menggantikan Danny Ings untuk enam belas minit terakhir ketika tewas 3-1 ke atas Manchester United. Beliau telah menjaringkan hatrik dalam kemenangan 6-1 ke atas Southampton di peringkat suku akhir Piala Liga Bola Sepak Inggeris. Sebelas hari kemudian, beliau menjaringkan gol pertamanya di Liga Perdana Inggeris dengan menggantikan Dejan Lovren yang cedera pada minit ke-79 ketika seri 2-2 menentang West Bromwich Albion di Anfield. Pada 14 Februari, Origi menjaringkan gol liga keduanya menentang Aston Villa dalam kemenangan besar 6-0, dengan hanya 27 saat setelah menggantikan Daniel Sturridge pada babak kedua; ini adalah gol terpantas yang dijaringkan oleh pemain ganti musim tersebut.

Pada 7 April 2016, pengurus Liverpool Jürgen Klopp secara mengejutkan memulakan Origi sebagai penyerang pilihan pertama pasukan semasa perlawanan suku akhir kejohanan Liga Europa UEFA menentang Borussia Dortmund (bekas pasukan Klopp). Dalam perlawanan tersebut menyaksikan Origi menjaringkan gol tandang penting dalam keputusan seri 1-1. Tiga hari kemudian, beliau menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-1 ke atas Stoke City setelah masuk sebagai pemain gantian untuk menggantikan Sheyi Ojo pada separuh masa pertama.

Menjelang musim 2016-17, Origi lebih digunakan sebagai pemain gantian dalam pasukan Liverpool. Pada 23 Ogos, beliau menjaringkan gol pertamanya musim tersebut dalam kejohanan Piala Liga Bola Sepak Inggeris dengan kemenangan 5-0 ke atas Burton Albion. Beliau juga menjaringkan gol pembukaan dengan menggantikan Philippe Coutinho yang cedera dalam kemenangan 2-0 ke atas Sunderland. Pada 1 April 2017, beliau menjaringkan gol ketiga Liverpool dalam kemenangan 3-1 menentang pesaingnya, Everton. Pada 14 Mei, beliau menjaringkan gol keempat Liverpool dalam kemenangan 4-0 menentang West Ham United, dan sekaligus membawa kedudukan Liverpool lebih dekat dalam kelayakan Liga Juara-Juara UEFA.

Pinjaman ke Wolfsburg

Pada 31 Ogos 2017, kelab Bundesliga, VfL Wolfsburg telah menandatangani Origi secara perjanjian pinjaman untuk sepanjang musim. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk kelab menentang Werder Bremen, pada 19 September. Beliau menjaringkan enam gol secara keseluruhan untuk kelab semasa tempoh pinjamannya.

Kembali ke Liverpool

Origi dalam aksi menentang Chelsea semasa Piala Super UEFA 2019

Pada 2 Disember, Origi menjaringkan gol pertamanya musim tersebut dalam pertembungan Derby menentang pesaing Everton, yang dimenangi Liverpool dengan keputusan 1-0. Pada 4 Mei, beliau menjaringkan gol pada saat terakhir ketika menentang Newcastle dalam kemenangan 3-2.

Pada 7 Mei 2019, Origi menjaringkan gol buat pertama kalinya di Liga Juara-Juara UEFA dengan menjaringkan gol pembukaan dan di separuh akhir kedua menentang Barcelona dan menjaringkan gol terakhir menerusi tendangan sudut pantas yang dihantar oleh Trent Alexander-Arnold. Gol penting yang dihasilkan oleh Origi membawa Liverpool mara ke perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-Juara UEFA LiverpooL menerusi agregat 4-3 menentang Barcelona. Pada 1 Jun 2019, beliau menjaringkan gol kedua untuk membantu Liverpool dalam kemenangan 2-0 ke atas Tottenham pada perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-Juara UEFA 2019, ketika beliau memenangi penghormatan pertamanya bersama kelab. Dengan berbuat demikian, beliau menjadi satu-satunya pemain Belgium kedua yang menjaringkan gol dalam perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-Juara UEFA selepas Yannick Carrasco melakukannya pada tahun 2016.

Pada 10 Julai 2019, Origi menandatangani kontrak jangka panjang baru dengan Liverpool. Pada 30 Oktober, Origi menjaringkan dua gol dalam kejohanan Piala Liga Bola Sepak Inggeris menentang Arsenal, yang akhirnya dimenangi Liverpool menerusi penentuan sepakan penalti setelah tamat 5-5 waktu biasa. Pada 4 Disember, beliau menjaringkan dua gol ketika Liverpool mengalahkan Everton 5-2 dalam pertembungan derby Merseyside untuk memperpanjang larian rekod tanpa kalah dalam liga kepada 32 perlawanan, yang merupakan rekod kelab baru.

Rujukan

WikiPedia: Divock_Origi http://static.belgianfootball.be/project/publiek/j... http://www.futaa.com/football/article/divock-origi... http://www.ligue1.com/ligue1/article/lacklustre-li... http://www.liverpoolfc.com/news/first-team/176384-... http://www.soccerway.com/players/divock-origi/2153... http://en.uefa.com/teamsandplayers/players/player=... http://www.lfp.fr/joueur/origi-divock http://www.losc.fr/actualite-foot-lille/ligue-1/b-... http://eu-football.info/_player.php?id=28641 http://www.liverpoolecho.co.uk/sport/football/foot...